Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADHAN

bulan suci datang lagi
menjanjikan mutiara
yang menjadi rebutan insan yang jaga.

kuasa nafsu ditundukkan
hasutan jahat dibenamkan
terbelenggu syaitan
terkulainya jentera jahanam.

detik ini ku bersihkan dosa
mendakap azam taubat
berdamping ibadah yang tetap
menajamkan iman yang menyerap.

aku menangisi dosa-dosaku
dengan jiwa yang penuh takut
dan harapan pembebasan
dari seksaan dan kemurkaan.

bulan ini sajikan ketenangan
menyuap sekepal keinsafan
ikhlas mengadap Tuhan
sedang waktu menentukan
kesempatan bersama
pabila bulan ini kembali
pada jarak semusim lagi.


Mizham K
13.09.2007 ( Ramadhan )